Sunday, 14 October 2012

Kursus Dobi Sebelum Memulakannya




















Ingin membuka bisnes dobi tapi buntu untuk memulakanya. Tak tahu apa yang perlu dimulakan. Yang mana satu lebih penting, mana yang lebih utama, mana nak buka,bila, berapa harga sekilogram, dan macam-macm persoalan bermain di benak fikiran. Jangan biarkan persoalan tersebut membantutkan cita-cita anda. Dengan pengalaman lebih dari 10 tahun dalam bidang ini kami sedia membantu anda. Banyak rakan-rakan perniagaan kami telah berjaya membuka perniagaan idaman meraka dengan bantuan tunjuk-ajar kami.
Bukanlah tunjuk-ajar dan bantuan kami yang menjamin kejayaan anda, yang mana tiada jaminan tentang kejayaan selain dari yang maha esa, tetapi kami sedia membantu anda untuk memulakan langkah pertama anda itu. Ikutlah jejak langkah sahabat kita seperti; Dobi Dkleen, Dobi Qaseh, Dobi SS7, Dobi Titiwangsa dll.
Dengan konsep kami yang tidak menitik-beratkan latihan secara formal seperti latihan teori dalam kelas. Konsep kami adalah hands-on job dan tidak secara formal. Di samping itu anda boleh mengemukakan persoalan bila-bila masa. Peserta kursus pula adalah anda seorang sahaja pada satu-satu masa. Dengan ini penumpuan kami hanya pada anda sahaja. Apa yang terlintas difikiran dan tak faham boleh tanya bila-bila masa melalui telefon pun boleh.

Antara perkara yang akan diajar dan dititik beratkan semasa kursus adalah : 

•Permulaan untuk membuka kedai dobi • Pemilihan Kawasan kedai • Budget kewangan • Mesin-mesin dobi • Barangan asas dobi • Perkara-perkara yang perlu dielakkan • Masalah-masalah yang perlu dihadapi • Cara-cara mengatasi masalah • Marketing strategi • Pengurusan kewangan Mengenal Fabrik • Mengenal kotoran • Mengenal bahan-bahan yang boleh membantu • Cara menjimatkan tapi bersih • Cara-cara membersihkan kotoran degil dan bau hapak • Cara-cara merendam dengan betul • Cara-cara menggosok dengan baik dan cepat (Semua peserta diberi peluang menggunakan mesin)• Cara-cara melipat baju dengan cantik dan cepat •Penjagaan Mesin •Asas Wet Cleaning.
 Sertailah kursus ini kerana tidak akan menyesal. Walaupun tanpa sijil yang diberikan selepas kursus anda boleh mendapatkan nasihat kami bila-bila masa bila perlu.
Jika berminat anda boleh hubungi kami:    Pn Norita (016-3725267) /En Taufik (019-3725297)

ALAMAT KURSUS:
DOBI Eta
NO 21, Jalan 4/11A,
Seksyen 4 Tambahan,
Bandar Baru Bangi,
43650 Selangor D.E
03 89262524
TARIKH: Bergantung dengan persetujuan bersama 
WAKTU: Bergantung dengan persetujuan bersama
DURASI: Bergantung atas permintaan.
YURAN PENDAFTARAN: RM400.00
CARA PEMBAYARAN: Tunai atau Cek
Bertindak bijaklah sekarang sebelum memulakan langkah seterusnya.

Wednesday, 3 October 2012

Pendaftaran Syarikat Baru TGSS


Pada 14 September 2012 yang lalu saya telah pergi ke KPDNKK Putrajaya untuk mendaftar syarikat. Bertempat di Precint 2 bersebelahan dengan Jabatan Imigresen. Nak cari parking punyalah payah yang mana tempat parking amatlah terhad.Walaubagaimapun lahirlah juga
Third Generations Solutions and Supply dengan nombor Pendaftaran 002158391-K. Lihat sijil pendaftarannya dibawah.

Akaun Pendaftaran Third generations Solutions and Supply dari SSM







Third Generations Solutions and Supply (TGSS) ditubuhkan adalah untuk menumpukan dalam bidang perkhidmatan teknikal yang mana Teguh Gembira Enterprise (TGE) ceburi sebelum ini.
Dengan adanya TGSS, TGE hanya menumpukan bidang perkhidmatan seperti dobi, menjahit pakaian dan langsir.
Sementara itu TGSS akan menumpukan segala perkhidmatan Teknikal seperti;

  • Membaiki Mesin Basuh, Peti Sejuk, TV dan Monitor
  • Membekal Kelengkapan Perkhidmatan Dobi
  • Khidmat Nasihat tentang perniagaan Dobi.
  • Pendawaian Elektrik
  • Pemasangan Rail Langsir dan Frame
  • Kontraktor Am
  • Dll.
Kepada semua yang memerlukan perkhidmatan kami terutama di Bandar Baru Bangi,Kajang, Putrajaya, Bandar Sri Putra dan kawasan sekitarnya bolehlah hubungi kami di

Third Generations Solutions and Supply
No21, Jalan 4/11A,
Seksyen 4 Tambahan,
43650 Bandar Baru Bangi
Selangor D.E
019 3725297 @ 03 89261524
UP: Abdul Taufik Ghani