No 21 Jalan 4/11A, Seksyen 4 Tambahan, 43650 Bandar Baru Bangi. 019 3725297 @ 03 89261524
Monday, 28 May 2012
Kedai Dobi Eta disamun.
Bandar Baru Bangi. 28 Mei 2012 adalah hari yang malang bagi 2 orang wanita apabila disamun oleh sepasang lelaki dan teman wanitanya. Kejadian berlaku apabila pasangan tersebut berpura-pura menanyakan harga perkhidmatan dobi dan jahitan yang disediakan oleh premis tersebut. Selelaki sibuk membuat urusan pertanyaan dengan pembantu kedai bernama Syanti (bukan nama sebenar). Sementara itu siwanita yang berlagak sebagai isterinya sibuk menanyakan tentang upah membuat baju dengan Kak Saadiah yang menyewa premis dikedai tersebut yang menyediakan perkhidmatan jahitan. Pasangan tersebut kemudiannya dengan tanpa rasa malu terus masuk ke dalam kedai untuk melihat dan memerhati keadaan sekeliling.
Selepas memastikan tiada orang lain di kedai tersebut dengan tiba-tiba si lelaki mengeluarkan pisau dan merangkul Syanti. Sipenyamun perempuan sepantas kilat menyambar rantai leher Kak Saadiah. Syanti meronta dan berjaya melepaskan diri dan lari keluar kedai meminta bantuan. Oleh kerana terlalu panik dia tidak berjaya meyakinkan orang ramai yang dia disamun. Sementara itu Kak Saadiah melawan dengan mengunakan gunting dan bergelut pula dengan penyamun lelaki tersebut. Ini mengakibatkan beliau cedera di tangan, muka dan sedikit di badan.
Selepas berjaya mendapatkan rantai leher Kak Saadiah kedua- dua penyamun tersebut melarikan diri dengan menggunakan motosikal yang di letakan diluar kedai. Kejadian yang sepantas kilat itu meyebabkan Kak Saadiah kerugian lebih kurang RM5000 dan menerima 3 jahitan ditangan kanannya.
Bercerita selepas kejadian Kak Saadiah berani bertindak melawan penyamun tersebut kerana beliau amat menyayangi rantai leher tersebut yang dibelinya hampir 15 tahun yang lalu. Lapuran polis dibuat dan mengikut kata polis penjenayah tersebut adalah penagih dadah yang berumur dalam lingkungan 20an. Penjenayah tersebut hampir di kenal pasti dengan menggunakan cctv dikedai berdekatan kerana sebelum itu mereka cuba menyamun kedai tersebut.
Pemilik kedai Puan Norita juga mengucapkan terima kasih kepada semua yang membantu dalam kejadian tersebut, terutama kepada Klinik Rakan Medik dan angota polis dari balai Bandar Baru Bangi dan juga Kajang. Beliau juga bersyukur kerana tiada kemalangan yang lebih teruk belaku. Polis juga menasihatkan kepada pemilik-pemilik kedai supaya berhati-hati kepada orang yang mencurigai.
Lapuran resmi dari wjmbjy.
Wednesday, 23 May 2012
Iklan Sabun
Produk
Tuesday, 22 May 2012
Sabun Bio Sinar
Dapatkan Bio Sinar Sekarang...
Serbuk pencuci yang hangat di Ikim.fm.
Harga RM15.90 sekotak 1000gram.
Sila telefon 019 3725297 ( Taufik) atau 016 6125267 (Pn Norita) untuk keterangan lanjut.
Anda juga boleh dapatkan sabun Bio Sinar di alamat:
Teguh Gembira Enterprise,
d/a Dobi Eta,
No 21 jalan 4/11A,
Seksyen 4 Tambahan,
43650 Bandar Baru Bangi.
Bagi yang pembeli yang di luar kawasan, kami juga menyediakan perkhidmatan penghantaran pos.
Dengan kos penghantaran RM8 utk sekotak (Semenanjung) anda boleh sms nama dan alamat anda untuk memudahkan proses penghantaran kepada 0193725297.
Pembayaran boleh dibuat melalui akaun Maybank Islamic No akaun : 1628 3409 1856 atas nama Abdul Taupik bin Abdul Ghani.
Untuk memudahkan kerja membersih anda,
Cubalah Serbuk Bio Sinar Sekarang.
Serbuk pencuci yang hangat di Ikim.fm.
Harga RM15.90 sekotak 1000gram.
Sila telefon 019 3725297 ( Taufik) atau 016 6125267 (Pn Norita) untuk keterangan lanjut.
Anda juga boleh dapatkan sabun Bio Sinar di alamat:
Teguh Gembira Enterprise,
d/a Dobi Eta,
No 21 jalan 4/11A,
Seksyen 4 Tambahan,
43650 Bandar Baru Bangi.
Bagi yang pembeli yang di luar kawasan, kami juga menyediakan perkhidmatan penghantaran pos.
Dengan kos penghantaran RM8 utk sekotak (Semenanjung) anda boleh sms nama dan alamat anda untuk memudahkan proses penghantaran kepada 0193725297.
Pembayaran boleh dibuat melalui akaun Maybank Islamic No akaun : 1628 3409 1856 atas nama Abdul Taupik bin Abdul Ghani.
Untuk memudahkan kerja membersih anda,
Cubalah Serbuk Bio Sinar Sekarang.
Subscribe to:
Posts (Atom)