Monday, 28 May 2012

Kedai Dobi Eta disamun.



         Bandar Baru Bangi. 28 Mei 2012 adalah hari yang malang bagi 2 orang wanita apabila disamun oleh sepasang lelaki dan teman wanitanya. Kejadian berlaku apabila pasangan tersebut berpura-pura menanyakan  harga perkhidmatan dobi dan jahitan yang disediakan oleh premis tersebut.  Selelaki sibuk membuat urusan pertanyaan dengan pembantu kedai bernama Syanti (bukan nama sebenar). Sementara itu siwanita yang berlagak sebagai isterinya sibuk menanyakan tentang upah membuat baju dengan Kak Saadiah yang menyewa premis dikedai tersebut yang menyediakan perkhidmatan jahitan. Pasangan tersebut kemudiannya dengan tanpa rasa malu terus masuk ke dalam kedai untuk melihat dan memerhati keadaan sekeliling.
        Selepas memastikan tiada orang lain di kedai tersebut dengan tiba-tiba si lelaki mengeluarkan pisau dan merangkul Syanti. Sipenyamun perempuan sepantas kilat menyambar rantai leher Kak Saadiah. Syanti meronta dan  berjaya melepaskan diri dan lari keluar kedai meminta bantuan. Oleh kerana terlalu panik dia tidak berjaya meyakinkan orang ramai yang dia disamun. Sementara itu Kak Saadiah melawan dengan mengunakan gunting dan bergelut pula dengan penyamun lelaki tersebut. Ini mengakibatkan beliau cedera di tangan, muka dan sedikit di badan.
        Selepas berjaya mendapatkan rantai leher Kak Saadiah kedua- dua penyamun tersebut melarikan diri dengan menggunakan motosikal yang di letakan diluar kedai. Kejadian yang sepantas kilat itu meyebabkan Kak Saadiah kerugian lebih kurang RM5000 dan menerima 3 jahitan ditangan kanannya.
        Bercerita selepas kejadian Kak Saadiah berani bertindak melawan penyamun tersebut kerana beliau amat menyayangi rantai leher tersebut yang dibelinya hampir 15 tahun yang lalu. Lapuran polis dibuat dan mengikut kata polis penjenayah tersebut adalah penagih dadah yang berumur dalam lingkungan 20an. Penjenayah tersebut hampir di kenal pasti dengan menggunakan cctv dikedai berdekatan kerana sebelum itu mereka cuba menyamun kedai tersebut.
      Pemilik kedai Puan Norita juga mengucapkan terima kasih kepada semua yang membantu dalam kejadian tersebut, terutama kepada Klinik Rakan Medik dan angota polis dari balai Bandar Baru Bangi dan juga Kajang. Beliau juga bersyukur kerana tiada kemalangan yang lebih teruk belaku. Polis juga menasihatkan kepada pemilik-pemilik kedai supaya berhati-hati kepada orang yang  mencurigai.
 Lapuran resmi dari wjmbjy.

No comments:

Post a Comment