Tuesday, 18 June 2013

Membaiki Paip Bocor di Kajang

Baru-baru ini  saya dihubungi oleh En Zul dari sebuah sekolah di Kajang yang menyatakan ada paip bocor di Dewan Makan Asrama sekolah tersebut. Dia menyatakan habis bahagian dapur dilimpahi air dan perlu datang segera untuk diperbaiki.
Apabila tiba disekolah tersebut pasukan kami segera naik ke atas syiling untuk melihat apa yang terjadi, Sementara itu saya segera menutup paip air untuk saluran masuk ke tangki. Apabila naik ke atas apa yang kami lihat bukanlah paip air bocor tapi tangki air fiberglass berukuran 5m x 2m x 1m tinggi sudah bocor betul-betul dibahagian penjuru tangki tersebut.

Tangki air bocor.



















Apabila ia bocor betul-betul dibahagian penjuru dan air dari tangki tersebut tidak jatuh dibahagian waterproofing dan ini mengakibatkan air melimpah kebahagian syiling.
Kami memberitahu En Zul mengenai keadaan tersebut dan mengarahkan kami supaya menampal tangki yang bocor tersebut. Memandangkan tangki tersebut amat besar dan sudah ada kesan tampalan sebelum ini kami menasihatkan supaya membuat bypass sahaja memandangkan keadaan keuzuran tangki tersebut.Dari tempat tampalan sudah ada lelehan kecil dan mungkin semakin membesar.
Kesan Tampalan lama



















Dengan arahan pihak sekolah kami membuat bypass tangki tersebut buat sementara. Apabila tangki sudah kering kami akan cuba membersih, menampal, dan menyambung semula tangki tersebut.
Untuk anda yang mengalami masalah paip air disekitar Bangi dan Kajang bolehlah menghubungi saya (Taufik) 019 3725297 untuk mendapatkan perkhidmatan kami.
Selain kerja-kerja plumbing kami juga boleh juga membuat renovation dan kerja-kerja am yang lain.

Third Generations Solutions and Supply.. 019 3725297 (Taufik)

No comments:

Post a Comment