Wednesday 5 December 2012

Khidmat Cuci Karpet

















Sebelum ini Dobi Eta memang ada menyediakan perkhidmatan mencuci karpet tetapi ianya tertakluk kepada service walk in sahaja. baru-baru ini Dobi Eta memperluaskan lagi perkhidmatannya dengan menawarkan perkhidmatan Mengambil, Mencuci, dan Menghantar semula karpet dan permaidani di sekitar Bandar Baru Bangi dan Kajang.
Kami menerima semua jenis Karpet kepingan (Loose pieces). Harganya pula bergantung kepada saiz ukuran dan jenis karpet tersebut.
Siapnya pula dalam tempuh 3~21 hari bekerja.(bergantung kepada cuaca).






















Kepada anda dan syarikat-syarikat sekitar Kajang dan Bandar Baru Bangi yang memerlukan pekhidmatan syarikat  kami bolehlah menghubungi kami di

Third Generations Solutions and Supply,
d/a Dobi Eta,
No 21 Jalan 4/11A,
Seksyen 4 Tambahan,
43650 Bandar Baru Bangi.

Atau Telefon
Tel: 03 89261524
Pn Norita  016 6125267 (sms/whatsapp)




Wednesday 7 November 2012

Signboard Baru




Papan tanda lama

 Dengan imej yang baru ini diharapkan Dobi Eta akan bertambah maju dalam perniagaan ini.



Papan tanda baru.










Bertempat di Seksyen 4 Tambahan, Bandar Baru Bangi, Dobi Eta sebenarnya telah beroperasi semenjak tahun 2002 lagi. Sebagai sebuah kedai dobi, Dobi Eta menyediakan segala perkhidmatan yang biasa disediakan oleh kebanyakan kedai dobi yang lain.

Pekhidmatan yang disediakan adalah Membasuh dan Mengering pakaian harian.

Mengosok pakaian.
Dry Cleaning
Mencuci Carpet
Mencuci Comforter dan Toto.
Menjahit Pakaian dan Langsir

Kedai Dobi Eta yang dimiliki sepenuhnya oleh Teguh Gembira Enterprise (Co No 1369798-W) juga mengambil kontrak dengan beberapa syarikat di sekitar Bandar Baru Bangi dan Kajang.

Di antara syarikat yang memilih Dobi Eta sebagai rakan perniagaan adalah

  1. Sony EMCS
  2. Sebuah Asrama Sekolah Agama di Kajang
  3. Syarikat Catering Daya Murni
Di samping itu beberapa syarikat lain juga menggunakan perkhidmatan kami tetapi secara tak berkala.Pengangkutan pengambilan dan penghantaran juga disediakan
Kepada anda dan syarikat-syarikat sekitar Kajang dan Bandar Baru Bangi yang memerlukan pekhidmatan syarikat  kami bolehlah menghubungi kami di

No 21 Jalan 4/11A,
Seksyen 4 Tambahan,
43650 Bandar Baru Bangi.
Tel: 03 89261524
Pn Norita  016 6125267 
En Taufik 019 3725297

Kepada pelanggan kami yang banyak memberi sokongan kepada kami selama ini kami ucapkan ribuan terima kasih dan jasa anda tidak terbalas dengan kata-kata.


Sunday 14 October 2012

Kursus Dobi Sebelum Memulakannya




















Ingin membuka bisnes dobi tapi buntu untuk memulakanya. Tak tahu apa yang perlu dimulakan. Yang mana satu lebih penting, mana yang lebih utama, mana nak buka,bila, berapa harga sekilogram, dan macam-macm persoalan bermain di benak fikiran. Jangan biarkan persoalan tersebut membantutkan cita-cita anda. Dengan pengalaman lebih dari 10 tahun dalam bidang ini kami sedia membantu anda. Banyak rakan-rakan perniagaan kami telah berjaya membuka perniagaan idaman meraka dengan bantuan tunjuk-ajar kami.
Bukanlah tunjuk-ajar dan bantuan kami yang menjamin kejayaan anda, yang mana tiada jaminan tentang kejayaan selain dari yang maha esa, tetapi kami sedia membantu anda untuk memulakan langkah pertama anda itu. Ikutlah jejak langkah sahabat kita seperti; Dobi Dkleen, Dobi Qaseh, Dobi SS7, Dobi Titiwangsa dll.
Dengan konsep kami yang tidak menitik-beratkan latihan secara formal seperti latihan teori dalam kelas. Konsep kami adalah hands-on job dan tidak secara formal. Di samping itu anda boleh mengemukakan persoalan bila-bila masa. Peserta kursus pula adalah anda seorang sahaja pada satu-satu masa. Dengan ini penumpuan kami hanya pada anda sahaja. Apa yang terlintas difikiran dan tak faham boleh tanya bila-bila masa melalui telefon pun boleh.

Antara perkara yang akan diajar dan dititik beratkan semasa kursus adalah : 

•Permulaan untuk membuka kedai dobi • Pemilihan Kawasan kedai • Budget kewangan • Mesin-mesin dobi • Barangan asas dobi • Perkara-perkara yang perlu dielakkan • Masalah-masalah yang perlu dihadapi • Cara-cara mengatasi masalah • Marketing strategi • Pengurusan kewangan Mengenal Fabrik • Mengenal kotoran • Mengenal bahan-bahan yang boleh membantu • Cara menjimatkan tapi bersih • Cara-cara membersihkan kotoran degil dan bau hapak • Cara-cara merendam dengan betul • Cara-cara menggosok dengan baik dan cepat (Semua peserta diberi peluang menggunakan mesin)• Cara-cara melipat baju dengan cantik dan cepat •Penjagaan Mesin •Asas Wet Cleaning.
 Sertailah kursus ini kerana tidak akan menyesal. Walaupun tanpa sijil yang diberikan selepas kursus anda boleh mendapatkan nasihat kami bila-bila masa bila perlu.
Jika berminat anda boleh hubungi kami:    Pn Norita (016-3725267) /En Taufik (019-3725297)

ALAMAT KURSUS:
DOBI Eta
NO 21, Jalan 4/11A,
Seksyen 4 Tambahan,
Bandar Baru Bangi,
43650 Selangor D.E
03 89262524
TARIKH: Bergantung dengan persetujuan bersama 
WAKTU: Bergantung dengan persetujuan bersama
DURASI: Bergantung atas permintaan.
YURAN PENDAFTARAN: RM400.00
CARA PEMBAYARAN: Tunai atau Cek
Bertindak bijaklah sekarang sebelum memulakan langkah seterusnya.

Wednesday 3 October 2012

Pendaftaran Syarikat Baru TGSS


Pada 14 September 2012 yang lalu saya telah pergi ke KPDNKK Putrajaya untuk mendaftar syarikat. Bertempat di Precint 2 bersebelahan dengan Jabatan Imigresen. Nak cari parking punyalah payah yang mana tempat parking amatlah terhad.Walaubagaimapun lahirlah juga
Third Generations Solutions and Supply dengan nombor Pendaftaran 002158391-K. Lihat sijil pendaftarannya dibawah.

Akaun Pendaftaran Third generations Solutions and Supply dari SSM







Third Generations Solutions and Supply (TGSS) ditubuhkan adalah untuk menumpukan dalam bidang perkhidmatan teknikal yang mana Teguh Gembira Enterprise (TGE) ceburi sebelum ini.
Dengan adanya TGSS, TGE hanya menumpukan bidang perkhidmatan seperti dobi, menjahit pakaian dan langsir.
Sementara itu TGSS akan menumpukan segala perkhidmatan Teknikal seperti;

  • Membaiki Mesin Basuh, Peti Sejuk, TV dan Monitor
  • Membekal Kelengkapan Perkhidmatan Dobi
  • Khidmat Nasihat tentang perniagaan Dobi.
  • Pendawaian Elektrik
  • Pemasangan Rail Langsir dan Frame
  • Kontraktor Am
  • Dll.
Kepada semua yang memerlukan perkhidmatan kami terutama di Bandar Baru Bangi,Kajang, Putrajaya, Bandar Sri Putra dan kawasan sekitarnya bolehlah hubungi kami di

Third Generations Solutions and Supply
No21, Jalan 4/11A,
Seksyen 4 Tambahan,
43650 Bandar Baru Bangi
Selangor D.E
019 3725297 @ 03 89261524
UP: Abdul Taufik Ghani

Wednesday 19 September 2012

Perkhidmatan Dobi di Bandar Baru Bangi



Bertempat di Seksyen 4 Tambahan, Bandar Baru Bangi, Dobi Eta sebenarnya telah beroperasi semenjak tahun 2002 lagi. Sebagai sebuah kedai dobi, Dobi Eta menyediakan segala perkhidmatan yang biasa disediakan oleh kebanyakan kedai dobi yang lain.

Pekhidmatan yang disediakan adalah Membasuh dan Mengering pakaian harian.
Mengosok pakaian.
Dry Cleaning
Mencuci Carpet
Mencuci Comforter dan Toto.
Menjahit Pakaian dan Langsir

Kedai Dobi Eta yang dimiliki sepenuhnya oleh Teguh Gembira Enterprise (Co No 1369798-W) juga mengambil kontrak dengan beberapa syarikat di sekitar Bandar Baru Bangi dan Kajang.

Di antara syarikat yang memilih Dobi Eta sebagai rakan perniagaan adalah
  1. Sony EMCS
  2. Sebuah Asrama Sekolah Agama di Kajang
  3. Syarikat Catering Daya Murni
Di samping itu beberapa syarikat lain juga menggunakan perkhidmatan kami tetapi secara tak berkala.Pengangkutan pengambilan dan penghantaran juga disediakan
Kepada anda dan syarikat-syarikat sekitar Kajang dan Bandar Baru Bangi yang memerlukan pekhidmatan syarikat  kami bolehlah menghubungi kami di

No 21 Jalan 4/11A,
Seksyen 4 Tambahan,
43650 Bandar Baru Bangi.
Tel: 03 89261524
Pn Norita  0166125267 
En Taufik 0193725297

Sunday 2 September 2012

Front Loading vs Top Loading

Setelah lama tidak mengupdate blog ini sempena bulan ramadhan dan menyambut syawal dan hari ini kita nak cerita sikit mengenai mesin basuh muatan hadapan dan muatan atas. Sebelum itu Teguh ingin mengucapakan selamat hari raya terlebih dahalu.
 Apa yang nak diceritakan di sini adalah mengapa mesin basuh front loading lebih berat berbanding dengan top loading.

2 jenis mesin basuh(muatan atas dan hadapan)

Mesin muatan atas

Mesin muatan hadapan


 Untuk menstabilkan mesin ketika melakukan pengeringan mesin muatan hadapan yang mana semasa proses pengeringan kelajuannya yang boleh mencapai 1800rpm berbanding dengan mesin muatan atas yang hanya sekadar 900rpm. Dua bongkah batu simen yang beratnya dianggarkan sekitar 10kg setiap satu diletakkan di dalam mesin tersebut. Ini akan menjadikan mesin muatan hadapan amat berat. Walaubagaimanapun jika mesin tidak diletakan dalam kedudukan yang stabil apabila mesin ini melakukan proses pengeringan mesin ini akan bergegar dan mengeluarkan bunyi yang amat kuat.
Batu simen bahagian atas.

Batu simen bahagian bawah.    


Kelebihan mesin muatan hadapan walaupun ia amat berat tetapi ia akan menghasilkan mutu cucian yang lebih baik.

Jika anda ada mengalami kerosakan mesin basuh di sekitar Bandar Baru Bangi dan Kajang sila hubungi saya di 019 3725297 (Taufik)

Tuesday 24 July 2012

Projek CSR

Projek csr dengan kerjasama dengan sebuah sekolah di Banting  tahun ni berjalan seperti biasa. Pada tahun ini hanya baju melayu pelajar lelaki yang terdiri dari anak-anak yatim dan juga dari keluarga yang kurang berkemampuan sahaja yang disediakan. Terdapat lebih kurang 66 pelajar yang tersenarai kesemuanya..



InsyaAllah semua baju- baju diatas akan dihantar pada minggu ke3 puasa.Semoga ini dapat mengembirakan penerimanya. Amin..


Friday 29 June 2012

Mesin Basuh Biru


















Mesin Basuh biru ini telah bertukar tangan.
Mesin ini istimewa dan  jarang ditemui kerana biasanya mesin berwarna putih atau light colour tetapi yang ini berwarna biru dan agak gelap.
Pemilik Asal: Setapak KL
Pemilik Baru: Puchong Selangor.
Brand: Daewoo
Model : DWF-70
Warna : Biru
Muatan : 7kg
Tarikh Penghantaran: 2/7/12
Harga: ???

Saturday 23 June 2012

Pembantu Kedai dikehendaki

Syarikat kami memerlukan pembantu kedai untuk mengisi kekosongan yang ada.
Jawatan: Pembantu Kedai Dobi.
Sementara atau pekerja tetap.
Lokasi: Bandar Baru Bangi.
Jantina: Perempuan Sahaja
Berminat Sila Hubungi  0166125267 @ 03 89261524
Atau terus datang kealamat:
Dobi Eta,
No 21 Jalan 4/11A,
Seksyen 4 Tambahan,
43650 Bandar Baru Bangi.

Friday 1 June 2012

Simpanan Emas




MEMBANTU MENYIMPAN KEKAYAAN SEBENAR...SIMPANLAH EMAS

Sila Hubungi:

ABDUL TAUPIK BIN ABDUL GHANI

AUTHORIZED DEALER FOR PUBLIC GOLD(PG021047) AND GOLDCREST PAVILION(GCP)AD3293.

019 3725297

Sila Lawati: http://www.publicgold.com.my dan http://www.gcp.com.my




 
   Sejarah dunia emas amat berwarna warni dengan jatuh dan bangun peradaban manusia itu sendiri. Tamadun sesebuah negara bergemerlapan dengan kebangkitan emas dan selepas itu ditelan bumi kerana ketamakan serta sifat lupa diri kepada Yang Maha Esa sehingga manusia itu sendiri bila mana di beri emas segunung maka nak lagi segunung dan akhirnya sanggup mengaku dirinya itu tuhan. Nauzubillah Hi Min Dzolik...


Tuhan mengurniakan hasil bumi yang kaya dengan hasil mineralnya untuk kegunaan Ummah dan bersyukur kepadaNya. Balasan Tuhan kepada manusia yang lupa diri banyak dicatat di dalam Al Quran. Di mana Al Quran itu sendiri adalah Kalam Tuhan dan ianya termasuk di dalam Rukun Iman.



Emas berada di tempatnya sendiri. kebangkitan emas dalam sistem kewangan sesebuah negara ianya hanya simpanan dan sandaran untuk membangunkan Ummah dan mencipta tamadun manusia yang menyimpannya. Umat Islam hari ini tidak perlu menunding jari kepada sesiapa. Jika Ummah itu sendiri ada kesedaran untuk menyimpan emas dengan sendirinya, maka ia telah mencipta tamadun untuk dirinya, keluarganya, masyarakatnya dan negaranya.





Di dunia yang sementara ini, sedarlah bahawa akhirat itulah yang kekal selamanya. Marilah kita saudara-saudaraku di atas persaudaraan melayu dan muslim brotherhood bersama-sama kita bangkit untuk memiliki emas walaupun hanya 100 gram, dengan menyimpan emas dan menjadikannya sandaran dalam kewangan keluarga dan masyarakat kita akan lebih maju kehadapan daripada bangsa-bangsa lain di dunia ini.



Bangsa melayu akan mencipta peradabannya sendiri dengan aman dan menjadi contoh teladan kepada Umat Islam di seluruh dunia. Kesederhanaan, budi bahasa & sopan santun yang ada pada bangsa melayu menjadikan mereka bangsa yang terpilih untuk memiliki kekayaan dunia dan seterusnya mengagihkan kekayaan itu kepada umat di dunia demi mencari kekayaan di akhirat.




Apakah hikmah menyimpan emas?



Marilah saudaraku, marilah kita mulakan peradaban bangsa Melayu dengan menyimpan emas walau 1gram sebagai permulaan tanpa kita sedari kita telah merubah peradaban bangsa Melayu itu sendiri. Persaudaran yang lahir dari membayar zakat emas amat besar hikmahnya.Emas yang hanya di simpan dan menjadi sandaran kepada sistem kewangan menjadikan bangsa Melayu itu mengamalkan kesederhanan dalam kehidupan di atas zakat yang di keluarkan.

 

Etika persaudaran yang lahir dari kesederhanaan dalam kehidupan bangsa Melayu akan memimpin umat manusia ke jalan yang diredhai Tuhan.



MEMBANTU MENYIMPAN KEKAYAAN SEBENAR...SIMPANLAH EMAS

 Sila hubungi:

ABDUL TAUPIK BIN ABDUL GHANI

AUTHORIZED DEALER FOR PUBLIC GOLD(PG021047) AND GOLDCREST PAVILION(GCP)AD3293.

019 3725297

Sila Lawati:   http://www.publicgold.com.my  dan  http://www.gcp.com.my





Monday 28 May 2012

Kedai Dobi Eta disamun.



         Bandar Baru Bangi. 28 Mei 2012 adalah hari yang malang bagi 2 orang wanita apabila disamun oleh sepasang lelaki dan teman wanitanya. Kejadian berlaku apabila pasangan tersebut berpura-pura menanyakan  harga perkhidmatan dobi dan jahitan yang disediakan oleh premis tersebut.  Selelaki sibuk membuat urusan pertanyaan dengan pembantu kedai bernama Syanti (bukan nama sebenar). Sementara itu siwanita yang berlagak sebagai isterinya sibuk menanyakan tentang upah membuat baju dengan Kak Saadiah yang menyewa premis dikedai tersebut yang menyediakan perkhidmatan jahitan. Pasangan tersebut kemudiannya dengan tanpa rasa malu terus masuk ke dalam kedai untuk melihat dan memerhati keadaan sekeliling.
        Selepas memastikan tiada orang lain di kedai tersebut dengan tiba-tiba si lelaki mengeluarkan pisau dan merangkul Syanti. Sipenyamun perempuan sepantas kilat menyambar rantai leher Kak Saadiah. Syanti meronta dan  berjaya melepaskan diri dan lari keluar kedai meminta bantuan. Oleh kerana terlalu panik dia tidak berjaya meyakinkan orang ramai yang dia disamun. Sementara itu Kak Saadiah melawan dengan mengunakan gunting dan bergelut pula dengan penyamun lelaki tersebut. Ini mengakibatkan beliau cedera di tangan, muka dan sedikit di badan.
        Selepas berjaya mendapatkan rantai leher Kak Saadiah kedua- dua penyamun tersebut melarikan diri dengan menggunakan motosikal yang di letakan diluar kedai. Kejadian yang sepantas kilat itu meyebabkan Kak Saadiah kerugian lebih kurang RM5000 dan menerima 3 jahitan ditangan kanannya.
        Bercerita selepas kejadian Kak Saadiah berani bertindak melawan penyamun tersebut kerana beliau amat menyayangi rantai leher tersebut yang dibelinya hampir 15 tahun yang lalu. Lapuran polis dibuat dan mengikut kata polis penjenayah tersebut adalah penagih dadah yang berumur dalam lingkungan 20an. Penjenayah tersebut hampir di kenal pasti dengan menggunakan cctv dikedai berdekatan kerana sebelum itu mereka cuba menyamun kedai tersebut.
      Pemilik kedai Puan Norita juga mengucapkan terima kasih kepada semua yang membantu dalam kejadian tersebut, terutama kepada Klinik Rakan Medik dan angota polis dari balai Bandar Baru Bangi dan juga Kajang. Beliau juga bersyukur kerana tiada kemalangan yang lebih teruk belaku. Polis juga menasihatkan kepada pemilik-pemilik kedai supaya berhati-hati kepada orang yang  mencurigai.
 Lapuran resmi dari wjmbjy.

Wednesday 23 May 2012

Iklan Sabun

Produk

BioSinar - serbuk pencuci serbaguna yang menakjubkan!
»Pakaian tidak perlu disental
»Senang digosok
»Tidak berbau hapak jika terlebih rendam.

Produk ini dikilangkan oleh syarikat induk kami, Deru Bio Sdn Bhd dan formulasinya yang unik mempunyai ciri-ciri yang berikut:
»Kotoran tertanggal dengan mudah.
»Agen anti kotoran lekat semula memastikan kotoran yang tertanggal tidak melekat semula pada pakaian.
»Tidak berbau hapak jika terlebih rendam.
»Agen anti karat supaya mesin basuh tahan lebih lama.
»Enzim yang dapat menanggalkan kotoran degil seperti minyak hitam, kicap, kari serta kesan dakwat.
»Pakaian sentiasa lembut, berseri, mudah digosok dan tahan lama.
»Penjimatan sehingga 50% perbelanjaan anda kerana selain daripada pencuci, formulasinya telah dirumus dengan pelembut dan penghilang kotoran degil.
»Sesuai untuk digunakan oleh mereka yang mengalami kulit sensitif.

Harga - RM15.90/kg (Semanjung Malaysia) dan RM18.90 (Sabah & Sarawak) untuk 20-30 cucian. Dengan produk lain, pengguna lazimnya akan berbelanja diantara
RM30-RM50 untuk mendapatkan kesan yang hampir sama.

Cara Penggunaan

Tuesday 22 May 2012

Sabun Bio Sinar

Dapatkan Bio Sinar Sekarang...
Serbuk pencuci yang hangat di Ikim.fm.
Harga RM15.90 sekotak 1000gram.


Sila telefon  019 3725297 ( Taufik) atau 016 6125267 (Pn Norita) untuk keterangan lanjut.
Anda juga boleh dapatkan sabun Bio Sinar di alamat:

Teguh Gembira Enterprise,
d/a Dobi Eta,
No 21 jalan 4/11A,
Seksyen 4 Tambahan,
43650 Bandar Baru Bangi.

Bagi yang pembeli yang di luar kawasan, kami juga menyediakan perkhidmatan penghantaran pos.
Dengan kos penghantaran RM8 utk sekotak (Semenanjung) anda boleh sms nama dan alamat anda untuk memudahkan proses penghantaran kepada 0193725297.
Pembayaran boleh dibuat melalui akaun Maybank Islamic No akaun : 1628 3409 1856 atas nama Abdul Taupik bin Abdul Ghani.

Untuk memudahkan kerja membersih anda,
Cubalah Serbuk Bio Sinar Sekarang.