Thursday 7 March 2013

TGSS Berdaftar Dengan Kementerian Kewangan


   Setelah hampir 6 bulan ditubuhkan kini Third Generations Solutions and Supply (TGSS) telah mengorak langkah seterusnya dengan berdaftar dengan Kementererian Kewangan Malaysia. Pada 18/2/13 yang lalu secara rasminya TGSS telah berdaftar dengan MOF. Bermacam dugaan juga untuk melakukannya ialah dengan hanya berpandukan internet tanpa bantuan dari mana-mana pihak atau syarikat setiausaha. Terpaksa jugalah berulang-alik diantara rumah, SSM dan MOF beberapa kali. Nasib baik SSM dan MOF tak jauh sangat di Putrajaya tu.

Apa yang penting disini cuba dulu. Dengan modal yang tak seberapa (save sikit tanpa upah) saya dapat mendaftar sebanyak 20 kod bidang. Sebenarnya hanya 9 bidang sahaja yang diluluskan pada pendaftaran pertama tetapi setelah dibuat penambahan di SSM ( kena bayar juga) barulah dapat mendaftar semua bidang yang dikehendaki. Diharap dengan sijil MOF ini dapatlah berurusan dengan pihak kerajaan persekutuan, negeri dan badan berkanun dengan lebih mudah lagi.
 Diantar bidang-bidang yang didaftarkan adalah:-
010201, 010301, 010302, 010401, 020101, 020201, 020301, 020302, 020401, 020402, 020403, 020601, 020604, 220201, 220202, 220301, 221001, 221002, 221502 dan 222302.
Kepada semua yang berminat untuk mendapatkan khidmat TGSS dan mendapat keterangan lebih lanjut bolehlah menghubungi saya terus di 0193725297 (Taufik).




Cth Sijil MOF. TGSS punya tak Print lagi. virtual certificate...






   


No comments:

Post a Comment