Tuesday 26 March 2013

Project Menjahit dan Memasang Skirting

 Pada 19hb March yang lalu bertempat di sebuah bilik mesyuarat pasukan TGSS sibuk memasang skirting dan alas meja di sebuah sekolah di Kajang. Pada mulanya tempahan hanya membekal kain dan menjahit skiting sahaja tetapi oleh rayuan pihak sekolah yang kesibukan dan kurang kepakaran di dalam bidang pemasangan pihak kami bersetuju untuk menolong memasangnya sekali.

 Dengan bantuan beberapa orang guru dan murid kami berjaya melakukannya tetapi terpaksa mengambil masa 2 hari untuk menyiapkannya kerana kekurangan alas meja. Pihak sekolah yang menyediakan plastik dan kain alas meja terpaksa mendapatkan bekalan kain dan plastik alas meja sekali lagi kerana tersalah ukuran semasa pembelian yang pertama.



Kerja pemasangan bermula

Kekurangan Alas Meja

Pemasangan Hampir Siap


Hampir Siap


Tirai Papan Kenyataan

Hasil kerja team TGSS

 Kepada semua pihak yang berminat untuk mendapatkan perkhidmatan kami dalam tempahan langsir, skirting dan seumpamanya di sekitar Bandar Baru Bangi dan Kajang bolehlah menghubungi kami
dengan menelefon Puan Eta di 016 6125267 atau 03 89261524. Kami bersedia  untuk menyediakan permintaan anda dengan kualiti yang tinggi tetapi harga yang berpatutan.

No comments:

Post a Comment