Tuesday, 24 July 2012

Projek CSR

Projek csr dengan kerjasama dengan sebuah sekolah di Banting  tahun ni berjalan seperti biasa. Pada tahun ini hanya baju melayu pelajar lelaki yang terdiri dari anak-anak yatim dan juga dari keluarga yang kurang berkemampuan sahaja yang disediakan. Terdapat lebih kurang 66 pelajar yang tersenarai kesemuanya..



InsyaAllah semua baju- baju diatas akan dihantar pada minggu ke3 puasa.Semoga ini dapat mengembirakan penerimanya. Amin..


Friday, 29 June 2012

Mesin Basuh Biru


















Mesin Basuh biru ini telah bertukar tangan.
Mesin ini istimewa dan  jarang ditemui kerana biasanya mesin berwarna putih atau light colour tetapi yang ini berwarna biru dan agak gelap.
Pemilik Asal: Setapak KL
Pemilik Baru: Puchong Selangor.
Brand: Daewoo
Model : DWF-70
Warna : Biru
Muatan : 7kg
Tarikh Penghantaran: 2/7/12
Harga: ???

Saturday, 23 June 2012

Pembantu Kedai dikehendaki

Syarikat kami memerlukan pembantu kedai untuk mengisi kekosongan yang ada.
Jawatan: Pembantu Kedai Dobi.
Sementara atau pekerja tetap.
Lokasi: Bandar Baru Bangi.
Jantina: Perempuan Sahaja
Berminat Sila Hubungi  0166125267 @ 03 89261524
Atau terus datang kealamat:
Dobi Eta,
No 21 Jalan 4/11A,
Seksyen 4 Tambahan,
43650 Bandar Baru Bangi.

Friday, 1 June 2012

Simpanan Emas




MEMBANTU MENYIMPAN KEKAYAAN SEBENAR...SIMPANLAH EMAS

Sila Hubungi:

ABDUL TAUPIK BIN ABDUL GHANI

AUTHORIZED DEALER FOR PUBLIC GOLD(PG021047) AND GOLDCREST PAVILION(GCP)AD3293.

019 3725297

Sila Lawati: http://www.publicgold.com.my dan http://www.gcp.com.my




 
   Sejarah dunia emas amat berwarna warni dengan jatuh dan bangun peradaban manusia itu sendiri. Tamadun sesebuah negara bergemerlapan dengan kebangkitan emas dan selepas itu ditelan bumi kerana ketamakan serta sifat lupa diri kepada Yang Maha Esa sehingga manusia itu sendiri bila mana di beri emas segunung maka nak lagi segunung dan akhirnya sanggup mengaku dirinya itu tuhan. Nauzubillah Hi Min Dzolik...


Tuhan mengurniakan hasil bumi yang kaya dengan hasil mineralnya untuk kegunaan Ummah dan bersyukur kepadaNya. Balasan Tuhan kepada manusia yang lupa diri banyak dicatat di dalam Al Quran. Di mana Al Quran itu sendiri adalah Kalam Tuhan dan ianya termasuk di dalam Rukun Iman.



Emas berada di tempatnya sendiri. kebangkitan emas dalam sistem kewangan sesebuah negara ianya hanya simpanan dan sandaran untuk membangunkan Ummah dan mencipta tamadun manusia yang menyimpannya. Umat Islam hari ini tidak perlu menunding jari kepada sesiapa. Jika Ummah itu sendiri ada kesedaran untuk menyimpan emas dengan sendirinya, maka ia telah mencipta tamadun untuk dirinya, keluarganya, masyarakatnya dan negaranya.





Di dunia yang sementara ini, sedarlah bahawa akhirat itulah yang kekal selamanya. Marilah kita saudara-saudaraku di atas persaudaraan melayu dan muslim brotherhood bersama-sama kita bangkit untuk memiliki emas walaupun hanya 100 gram, dengan menyimpan emas dan menjadikannya sandaran dalam kewangan keluarga dan masyarakat kita akan lebih maju kehadapan daripada bangsa-bangsa lain di dunia ini.



Bangsa melayu akan mencipta peradabannya sendiri dengan aman dan menjadi contoh teladan kepada Umat Islam di seluruh dunia. Kesederhanaan, budi bahasa & sopan santun yang ada pada bangsa melayu menjadikan mereka bangsa yang terpilih untuk memiliki kekayaan dunia dan seterusnya mengagihkan kekayaan itu kepada umat di dunia demi mencari kekayaan di akhirat.




Apakah hikmah menyimpan emas?



Marilah saudaraku, marilah kita mulakan peradaban bangsa Melayu dengan menyimpan emas walau 1gram sebagai permulaan tanpa kita sedari kita telah merubah peradaban bangsa Melayu itu sendiri. Persaudaran yang lahir dari membayar zakat emas amat besar hikmahnya.Emas yang hanya di simpan dan menjadi sandaran kepada sistem kewangan menjadikan bangsa Melayu itu mengamalkan kesederhanan dalam kehidupan di atas zakat yang di keluarkan.

 

Etika persaudaran yang lahir dari kesederhanaan dalam kehidupan bangsa Melayu akan memimpin umat manusia ke jalan yang diredhai Tuhan.



MEMBANTU MENYIMPAN KEKAYAAN SEBENAR...SIMPANLAH EMAS

 Sila hubungi:

ABDUL TAUPIK BIN ABDUL GHANI

AUTHORIZED DEALER FOR PUBLIC GOLD(PG021047) AND GOLDCREST PAVILION(GCP)AD3293.

019 3725297

Sila Lawati:   http://www.publicgold.com.my  dan  http://www.gcp.com.my





Monday, 28 May 2012

Kedai Dobi Eta disamun.



         Bandar Baru Bangi. 28 Mei 2012 adalah hari yang malang bagi 2 orang wanita apabila disamun oleh sepasang lelaki dan teman wanitanya. Kejadian berlaku apabila pasangan tersebut berpura-pura menanyakan  harga perkhidmatan dobi dan jahitan yang disediakan oleh premis tersebut.  Selelaki sibuk membuat urusan pertanyaan dengan pembantu kedai bernama Syanti (bukan nama sebenar). Sementara itu siwanita yang berlagak sebagai isterinya sibuk menanyakan tentang upah membuat baju dengan Kak Saadiah yang menyewa premis dikedai tersebut yang menyediakan perkhidmatan jahitan. Pasangan tersebut kemudiannya dengan tanpa rasa malu terus masuk ke dalam kedai untuk melihat dan memerhati keadaan sekeliling.
        Selepas memastikan tiada orang lain di kedai tersebut dengan tiba-tiba si lelaki mengeluarkan pisau dan merangkul Syanti. Sipenyamun perempuan sepantas kilat menyambar rantai leher Kak Saadiah. Syanti meronta dan  berjaya melepaskan diri dan lari keluar kedai meminta bantuan. Oleh kerana terlalu panik dia tidak berjaya meyakinkan orang ramai yang dia disamun. Sementara itu Kak Saadiah melawan dengan mengunakan gunting dan bergelut pula dengan penyamun lelaki tersebut. Ini mengakibatkan beliau cedera di tangan, muka dan sedikit di badan.
        Selepas berjaya mendapatkan rantai leher Kak Saadiah kedua- dua penyamun tersebut melarikan diri dengan menggunakan motosikal yang di letakan diluar kedai. Kejadian yang sepantas kilat itu meyebabkan Kak Saadiah kerugian lebih kurang RM5000 dan menerima 3 jahitan ditangan kanannya.
        Bercerita selepas kejadian Kak Saadiah berani bertindak melawan penyamun tersebut kerana beliau amat menyayangi rantai leher tersebut yang dibelinya hampir 15 tahun yang lalu. Lapuran polis dibuat dan mengikut kata polis penjenayah tersebut adalah penagih dadah yang berumur dalam lingkungan 20an. Penjenayah tersebut hampir di kenal pasti dengan menggunakan cctv dikedai berdekatan kerana sebelum itu mereka cuba menyamun kedai tersebut.
      Pemilik kedai Puan Norita juga mengucapkan terima kasih kepada semua yang membantu dalam kejadian tersebut, terutama kepada Klinik Rakan Medik dan angota polis dari balai Bandar Baru Bangi dan juga Kajang. Beliau juga bersyukur kerana tiada kemalangan yang lebih teruk belaku. Polis juga menasihatkan kepada pemilik-pemilik kedai supaya berhati-hati kepada orang yang  mencurigai.
 Lapuran resmi dari wjmbjy.

Wednesday, 23 May 2012

Iklan Sabun

Produk

BioSinar - serbuk pencuci serbaguna yang menakjubkan!
»Pakaian tidak perlu disental
»Senang digosok
»Tidak berbau hapak jika terlebih rendam.

Produk ini dikilangkan oleh syarikat induk kami, Deru Bio Sdn Bhd dan formulasinya yang unik mempunyai ciri-ciri yang berikut:
»Kotoran tertanggal dengan mudah.
»Agen anti kotoran lekat semula memastikan kotoran yang tertanggal tidak melekat semula pada pakaian.
»Tidak berbau hapak jika terlebih rendam.
»Agen anti karat supaya mesin basuh tahan lebih lama.
»Enzim yang dapat menanggalkan kotoran degil seperti minyak hitam, kicap, kari serta kesan dakwat.
»Pakaian sentiasa lembut, berseri, mudah digosok dan tahan lama.
»Penjimatan sehingga 50% perbelanjaan anda kerana selain daripada pencuci, formulasinya telah dirumus dengan pelembut dan penghilang kotoran degil.
»Sesuai untuk digunakan oleh mereka yang mengalami kulit sensitif.

Harga - RM15.90/kg (Semanjung Malaysia) dan RM18.90 (Sabah & Sarawak) untuk 20-30 cucian. Dengan produk lain, pengguna lazimnya akan berbelanja diantara
RM30-RM50 untuk mendapatkan kesan yang hampir sama.

Cara Penggunaan